Friday 25 May 2012

Bengkel Asas Solekan....Terlaksana Jua

Bengkel Asas Solekan Leeza Min

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah kerana dengan izinNya akhirnya terlaksana jua bengkel asas solekan yang lama dirancang.Lambat meng'update ' blog sebab kepenatan dan kering idea tak tahu pulak nak tulis apa.

Secara keseluruhan kami sangat berpuas hati kerana perjalanan bengkel amat lancar dan mencapai matlamat yang ditetapkan iaitu BELAJAR TEKNIK SOLEKAN YANG BETUL yang selama ni kita hentam kromo jer (aku lah tu) saya kan budak baru belajar.Walaupun kehadiran tidak mencapai sasaran yang ditetapkan, masih awal lagi untuk untuk menilai malah menguatkan azam kami bagi menarik lebih ramai peserta di masa akan datang.Memang ramai yang bertanya dan berminat tapi malu dan kurang berkeyakinan agaknya.Takpe uolls,next time mesti join!

Thanks to all participant,di harap semuanya berpuas hati dengan ilmu yang diperoleh pada hari tersebut.Untuk sebarang pertanyaan mengenai Bengkel Asas Solekan yang akan datang,jangan malu dan segan..tanyalah apa yang korang nak tahu eh.Kalau nak tengok lebih banyak gambar sila LIKE FB : Bengkel Asas Solekan Kuantan.Cekidauttt!!!


Berakit-rakit ke hulu
Berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senang kemudian

Apa kena mengena dengan bengkel ni?Adalahhhh...;)Okay,bagi yang teringin nak belajar makeup jom join bengkel bulan JUN pulak.Harga,masa dan tempat yang sama cuma tarikh jer belum ditentukan tapi yang pasti hari AHAD.Jom cantik!

Sunday 29 April 2012

BENGKEL ASAS SOLEKAN KUANTAN-20hb MEI 2012



Assalamualaikum.


Alhamdulillah akhirnya rancangan untuk mengadakan bengkel tercapai sudah.Semoga kali ini urusan dipermudahkan dan tiada halangan,insyallah.


Bengkel ini untuk siapa yer?Cuba lihat jika anda tergolong di dalam kategori di bawah ;


1.ZERO KNOWLEDGE lansung tak tahu menahu pasal makeup tapi teringin sangat nak belajar


2.WANITA BEKERJAYA yang suka pakai makeup pegi keje atau pekerja 'front line' yang WAJIB pakai mekap contohnya receiptionist,cashier dan lain-lain


3.CALON TEMUDUGA yang nak impress penemuduga,dapatlah markah lebih sikit ye tak? 


4.PANDAI LA JUGAK tapi tak la gedevass sangat..nak tajamkan lagi skil yang ada


5.MEMANDAI-MANDAI ehehe,ini aku yang tambah sendiri




Cikgu makeup kita - Leeza Min


Tidak kiralah apa tujuan korang sekalipun,semua amatlah di alu-alukan.Ilmu yang ada perlu dikongsi agar memberi manfaat pada yang lain,betul tak?

Bagi yang berminat sila call,SMS,emel atau pm kami di FB : Bengkel Asas Solekan Kuantan.Bengkel akan bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 4.00 petang.Makan minum disediakan,anda cuma perlu bawa makeup yang anda miliki untuk melakukan praktikal solekan.Usah risau jika makeup anda tak cukup complete,kami akan pinjamkan.Deposit RM50 dan baki bayaran boleh dibuat semasa mendaftarkan diri di bengkel nanti.Ahah,tak lupa juga..ada lucky draw dan extra teknik pemakaian tudung trend terkini.Sila bawa tudung shawl/pashmina untuk praktikal (kalau nk tengok je pun boleh,xperlu bawa).Jom berbengkel!


Ada yang tak tahu kat mana City Times Hotel ni?Orang Kuantan mesti tahu kat mana Wisma Belia yang terletak bertentangan Kolej Universiti Shahputra.Now you know!

NAK DAFTAR?ADA BORANG DISEDIAKAN --->KANAN ANDA.Sila isi setelah anda mendepositkan bayaran.SMS pengesahan pendaftaran akan dihantar ke handphone anda.Pastikan nombor telefon tu betul ya!
HEBAHKAN!


.







Friday 27 April 2012

MAN JADDA WAJADA

MAN JADDA WAJADA tajuk entri pertama untuk tahun ini.Bahasa Arab yang membawa maksud 'SIAPA YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH DIA AKAN MENDAPATKANNYA' juga membawa erti 'SIAPA BERUSAHA DIA AKAN BERJAYA'.Penonton setia saluran TV Alhijrah pasti terbiasa dengan ungkapan ini.

Kenapa?Bersesuaian sekali kerana ketika ini Kak Leeza dan saya budak baru belajar sedang berkira-kira untuk mengadakan bengkel pada bulan MEI nanti.Menganjurkan bengkel solekan agak mudah sebenarnya kerana ia bukanlah acara yang besar tapi disebabkan faktor keluarga didahulukan ia menjadi agak mencabar dan memakan masa.Tapi,itu juga bukanlah alasan untuk tidak BERUSAHA!Gambar di bawah merupakan lokasi bengkel yang bakal di adakan.Informasi penuh akan di update selewat-lewatnya hujung minggu ini.Insya allah.Tunggu ya!!

City Times Hotel, Kuantan