Friday 25 May 2012

Bengkel Asas Solekan....Terlaksana Jua

Bengkel Asas Solekan Leeza Min

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah kerana dengan izinNya akhirnya terlaksana jua bengkel asas solekan yang lama dirancang.Lambat meng'update ' blog sebab kepenatan dan kering idea tak tahu pulak nak tulis apa.

Secara keseluruhan kami sangat berpuas hati kerana perjalanan bengkel amat lancar dan mencapai matlamat yang ditetapkan iaitu BELAJAR TEKNIK SOLEKAN YANG BETUL yang selama ni kita hentam kromo jer (aku lah tu) saya kan budak baru belajar.Walaupun kehadiran tidak mencapai sasaran yang ditetapkan, masih awal lagi untuk untuk menilai malah menguatkan azam kami bagi menarik lebih ramai peserta di masa akan datang.Memang ramai yang bertanya dan berminat tapi malu dan kurang berkeyakinan agaknya.Takpe uolls,next time mesti join!

Thanks to all participant,di harap semuanya berpuas hati dengan ilmu yang diperoleh pada hari tersebut.Untuk sebarang pertanyaan mengenai Bengkel Asas Solekan yang akan datang,jangan malu dan segan..tanyalah apa yang korang nak tahu eh.Kalau nak tengok lebih banyak gambar sila LIKE FB : Bengkel Asas Solekan Kuantan.Cekidauttt!!!


Berakit-rakit ke hulu
Berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senang kemudian

Apa kena mengena dengan bengkel ni?Adalahhhh...;)Okay,bagi yang teringin nak belajar makeup jom join bengkel bulan JUN pulak.Harga,masa dan tempat yang sama cuma tarikh jer belum ditentukan tapi yang pasti hari AHAD.Jom cantik!

Sunday 29 April 2012

BENGKEL ASAS SOLEKAN KUANTAN-20hb MEI 2012



Assalamualaikum.


Alhamdulillah akhirnya rancangan untuk mengadakan bengkel tercapai sudah.Semoga kali ini urusan dipermudahkan dan tiada halangan,insyallah.


Bengkel ini untuk siapa yer?Cuba lihat jika anda tergolong di dalam kategori di bawah ;


1.ZERO KNOWLEDGE lansung tak tahu menahu pasal makeup tapi teringin sangat nak belajar


2.WANITA BEKERJAYA yang suka pakai makeup pegi keje atau pekerja 'front line' yang WAJIB pakai mekap contohnya receiptionist,cashier dan lain-lain


3.CALON TEMUDUGA yang nak impress penemuduga,dapatlah markah lebih sikit ye tak? 


4.PANDAI LA JUGAK tapi tak la gedevass sangat..nak tajamkan lagi skil yang ada


5.MEMANDAI-MANDAI ehehe,ini aku yang tambah sendiri




Cikgu makeup kita - Leeza Min


Tidak kiralah apa tujuan korang sekalipun,semua amatlah di alu-alukan.Ilmu yang ada perlu dikongsi agar memberi manfaat pada yang lain,betul tak?

Bagi yang berminat sila call,SMS,emel atau pm kami di FB : Bengkel Asas Solekan Kuantan.Bengkel akan bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 4.00 petang.Makan minum disediakan,anda cuma perlu bawa makeup yang anda miliki untuk melakukan praktikal solekan.Usah risau jika makeup anda tak cukup complete,kami akan pinjamkan.Deposit RM50 dan baki bayaran boleh dibuat semasa mendaftarkan diri di bengkel nanti.Ahah,tak lupa juga..ada lucky draw dan extra teknik pemakaian tudung trend terkini.Sila bawa tudung shawl/pashmina untuk praktikal (kalau nk tengok je pun boleh,xperlu bawa).Jom berbengkel!


Ada yang tak tahu kat mana City Times Hotel ni?Orang Kuantan mesti tahu kat mana Wisma Belia yang terletak bertentangan Kolej Universiti Shahputra.Now you know!

NAK DAFTAR?ADA BORANG DISEDIAKAN --->KANAN ANDA.Sila isi setelah anda mendepositkan bayaran.SMS pengesahan pendaftaran akan dihantar ke handphone anda.Pastikan nombor telefon tu betul ya!
HEBAHKAN!


.







Friday 27 April 2012

MAN JADDA WAJADA

MAN JADDA WAJADA tajuk entri pertama untuk tahun ini.Bahasa Arab yang membawa maksud 'SIAPA YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH DIA AKAN MENDAPATKANNYA' juga membawa erti 'SIAPA BERUSAHA DIA AKAN BERJAYA'.Penonton setia saluran TV Alhijrah pasti terbiasa dengan ungkapan ini.

Kenapa?Bersesuaian sekali kerana ketika ini Kak Leeza dan saya budak baru belajar sedang berkira-kira untuk mengadakan bengkel pada bulan MEI nanti.Menganjurkan bengkel solekan agak mudah sebenarnya kerana ia bukanlah acara yang besar tapi disebabkan faktor keluarga didahulukan ia menjadi agak mencabar dan memakan masa.Tapi,itu juga bukanlah alasan untuk tidak BERUSAHA!Gambar di bawah merupakan lokasi bengkel yang bakal di adakan.Informasi penuh akan di update selewat-lewatnya hujung minggu ini.Insya allah.Tunggu ya!!

City Times Hotel, Kuantan




Wednesday 4 May 2011

Bengkel Asas Solekan - JUN 2011


PERHATIAN!PENGUMUMAN PENTING!

BENGKEL ASAS SOLEKAN PADA 19 JUN 2011 INI TERPAKSA DITANGGUHKAN ATAS SEBAB KESIHATAN PENGANJUR YANG TIDAK MENGIZINKAN.BAGI YANG SUDAH MEMBAYAR DEPOSIT AKAN DIPULANGKAN SEGERA.KESULITAN AMAT DIKESALI DAN KAMI BERHARAP DAPAT MENGANJURKAN BENGKEL SOLEKAN INI SECEPATNYA.

TERIMA KASIH





Bengkel Solekan Sendayu Tinggi

BENGKEL SOLEKAN SENDAYU TINGGI - 1 MEI 2011

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
 Kalau salah tolong tunjukkan.
 
Ececeh,berpantun bagai pulak.Inilah kisah aku..kisah kami berdua.Setelah menanti penuh kesabaran,akhirnya tarikh 1 Mei 2011 datang jua.Korang syok bercuti dan balik kampung sebab public holiday tapi kitorang bergumbira di Bengkel Solekan Sendayu Tinggi outlet Kuantan.Best...memang best dan berbaloi.Dapat set solekan,brush set,foundation,lipstick,eyeshadow base ngan bulu mata palsu yang lebatnya tak hengat.

Bengkel bermula


Setelah memenuhkan perut dengan sarapan pagi,bengkel pun bermula.Penceramahnya tak lain tak bukan anak kepada pengasas Sendayu Tinggi sendiri..Pn.Noorhayati..cantik orangnya,bestnya tengok beliau.Usai sesi pengenalan produk kesihatan dan kecantikan Sendayu Tinggi,sesi makeover diri sendiri pun bermula.Kitorang tak risau sangat sebab ada pembantu/crew ST untuk tolong kalau tak reti..mcm aku terkial2 pasang bulu mata,2-3 kali pasang tak lekat2 gak.Tensionn..Teknik solekan 'smokey eye' menjadi pilihan para peserta..oohh taklah susah sangat,simple ajer..yg penting teknik tuh mesti betul.Tak sangka produk solekan ST nih berkualiti (ehem2..sila tgk gambar hasil solekan kitorang nanti ye).


Sibuk buat makeover


E..e..comelnya..geramnya aku

Rasanya produk-produk ST ni tak perlu diperkenalkan lagi..bagus dan berkualiti,terutamanya ubat kurus dia ye..korang try lah kalau tak caye.Eh,berbalik pada cerita bengkel tadi,selesai makeover kitorang pun bergambar lah kat backdrop ala-ala red carpet ST tuh..sume pose keras cam patung cendana..malu2 cat.Dah puas bergambar masa untuk cabutan bertuah.Aku jugak yang takde luck la (hampeh),tapi Kak Leeza berjaya gak dapat hamper tu..syabas yer (pakai ilmu santet arr).Mekap pun sudah,bergambar pun sudah,hadiah pun dh dapat...apa lagi?MAKAN la..ni lah aturcara kegemaran aku.Perut pun dah kenyang,actually aturcara pun dah tamat tapi kami semua dijemput ke outlet sekiranya berminat nak shopping barangan ST.So,aku beli scrub muka ST..kalau korang jenis rajin pakai mekap,kenalah rajin scrub muka supaya sisa2 mekap itu tak clog pori-pori muka.Kadang-kadang cuci muka pakai cleanser saja tak cukup,kena scrub biar tanggal daki2 yang degil tu.Pori-pori yang tersumbat tu lah punca jerawat tau.Dah siap shopping,kitorang pun merempit balik.Dek kerana 1 Mei yang lepas juga berlansung karnival JomHeboh,maka kesesakan jalan raya di Kuantan begitu luar biasa sekali,jadi kami naik moto je lah,boleh cilok2 pe..kan?


TADAAAA...MAKEOVER DONE!


Saya budak baru belajar

Comel tak Kak Leeza nih..

Bengkel Solekan ST ini memberikan inspirasi kepada kepala brain aku untuk menganjurkan bengkel yang sama dengan harga yang mables.Kat Kuantan ni tak lah macam KL,bersepah kelas solekan..so,inilah peluangnya.Kalau cakap pasal cantik ni,semua perempuan nak kan..Buat semua women kat Kuantan ni,nantikan bengkel tersebut yer (tapi bukan kitorang la penceramahnya..kami budak baru belajar).Nantikan..

THANKS A LOT SENDAYU TINGGI!

Salam Anggun

Makeup Dinner Staff AmanahRaya Berhad

MAKEUP DINNER STAFF AMANAHRAYA BERHAD DI BGWR

Dinner staff AmanahRaya Berhad seMalaysia di sini

Pada 30 April 2011 sehari sebelum bengkel  solekan Sendayu Tinggi,kami budak baru belajar dapat job untuk makeover staff AmanahRaya Berhad sempena majlis makan malam diorang.Bukan 1 orang tapi 6!Fuhh,berpeluh nak menyiapkan tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.Kami berbahagi tugas.Setiap daripada kami makeup 3 org manakala Siti (adik Kak Leeza) di tugaskan mendandan rambut.Bermula seawal 4.30 petang dan berakhir kira-kira 7.30 malam..Syukurr..Hujan dingin menyambut kedatangan kami..hujan rahmat kot...

Our tools


















Kitorang agak huru hara sikit dan sebab itu ada gambar client yang tak sempat di'snap' before n after.Jangan marahhhhh....Next time kitorang tangkap lebih sikit..


MAKEOVER DONE BY LEEZA MIN

AFTER

BEFORE







MAKEOVER DONE BY AZURA


BEFORE-Ni bos diorang,Kak Sakinah
AFTER..tadaaa..  
WANA
'Smokey socket'



Saya budak baru belajar,kalau salah janganlah marah..hihihi

SALAM ANGGUN