Wednesday, 4 May 2011

Bengkel Solekan Sendayu Tinggi

BENGKEL SOLEKAN SENDAYU TINGGI - 1 MEI 2011

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
 Kalau salah tolong tunjukkan.
 
Ececeh,berpantun bagai pulak.Inilah kisah aku..kisah kami berdua.Setelah menanti penuh kesabaran,akhirnya tarikh 1 Mei 2011 datang jua.Korang syok bercuti dan balik kampung sebab public holiday tapi kitorang bergumbira di Bengkel Solekan Sendayu Tinggi outlet Kuantan.Best...memang best dan berbaloi.Dapat set solekan,brush set,foundation,lipstick,eyeshadow base ngan bulu mata palsu yang lebatnya tak hengat.

Bengkel bermula


Setelah memenuhkan perut dengan sarapan pagi,bengkel pun bermula.Penceramahnya tak lain tak bukan anak kepada pengasas Sendayu Tinggi sendiri..Pn.Noorhayati..cantik orangnya,bestnya tengok beliau.Usai sesi pengenalan produk kesihatan dan kecantikan Sendayu Tinggi,sesi makeover diri sendiri pun bermula.Kitorang tak risau sangat sebab ada pembantu/crew ST untuk tolong kalau tak reti..mcm aku terkial2 pasang bulu mata,2-3 kali pasang tak lekat2 gak.Tensionn..Teknik solekan 'smokey eye' menjadi pilihan para peserta..oohh taklah susah sangat,simple ajer..yg penting teknik tuh mesti betul.Tak sangka produk solekan ST nih berkualiti (ehem2..sila tgk gambar hasil solekan kitorang nanti ye).


Sibuk buat makeover


E..e..comelnya..geramnya aku

Rasanya produk-produk ST ni tak perlu diperkenalkan lagi..bagus dan berkualiti,terutamanya ubat kurus dia ye..korang try lah kalau tak caye.Eh,berbalik pada cerita bengkel tadi,selesai makeover kitorang pun bergambar lah kat backdrop ala-ala red carpet ST tuh..sume pose keras cam patung cendana..malu2 cat.Dah puas bergambar masa untuk cabutan bertuah.Aku jugak yang takde luck la (hampeh),tapi Kak Leeza berjaya gak dapat hamper tu..syabas yer (pakai ilmu santet arr).Mekap pun sudah,bergambar pun sudah,hadiah pun dh dapat...apa lagi?MAKAN la..ni lah aturcara kegemaran aku.Perut pun dah kenyang,actually aturcara pun dah tamat tapi kami semua dijemput ke outlet sekiranya berminat nak shopping barangan ST.So,aku beli scrub muka ST..kalau korang jenis rajin pakai mekap,kenalah rajin scrub muka supaya sisa2 mekap itu tak clog pori-pori muka.Kadang-kadang cuci muka pakai cleanser saja tak cukup,kena scrub biar tanggal daki2 yang degil tu.Pori-pori yang tersumbat tu lah punca jerawat tau.Dah siap shopping,kitorang pun merempit balik.Dek kerana 1 Mei yang lepas juga berlansung karnival JomHeboh,maka kesesakan jalan raya di Kuantan begitu luar biasa sekali,jadi kami naik moto je lah,boleh cilok2 pe..kan?


TADAAAA...MAKEOVER DONE!


Saya budak baru belajar

Comel tak Kak Leeza nih..

Bengkel Solekan ST ini memberikan inspirasi kepada kepala brain aku untuk menganjurkan bengkel yang sama dengan harga yang mables.Kat Kuantan ni tak lah macam KL,bersepah kelas solekan..so,inilah peluangnya.Kalau cakap pasal cantik ni,semua perempuan nak kan..Buat semua women kat Kuantan ni,nantikan bengkel tersebut yer (tapi bukan kitorang la penceramahnya..kami budak baru belajar).Nantikan..

THANKS A LOT SENDAYU TINGGI!

Salam Anggun

No comments:

Post a Comment