Friday 25 May 2012

Bengkel Asas Solekan....Terlaksana Jua

Bengkel Asas Solekan Leeza Min

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah kerana dengan izinNya akhirnya terlaksana jua bengkel asas solekan yang lama dirancang.Lambat meng'update ' blog sebab kepenatan dan kering idea tak tahu pulak nak tulis apa.

Secara keseluruhan kami sangat berpuas hati kerana perjalanan bengkel amat lancar dan mencapai matlamat yang ditetapkan iaitu BELAJAR TEKNIK SOLEKAN YANG BETUL yang selama ni kita hentam kromo jer (aku lah tu) saya kan budak baru belajar.Walaupun kehadiran tidak mencapai sasaran yang ditetapkan, masih awal lagi untuk untuk menilai malah menguatkan azam kami bagi menarik lebih ramai peserta di masa akan datang.Memang ramai yang bertanya dan berminat tapi malu dan kurang berkeyakinan agaknya.Takpe uolls,next time mesti join!

Thanks to all participant,di harap semuanya berpuas hati dengan ilmu yang diperoleh pada hari tersebut.Untuk sebarang pertanyaan mengenai Bengkel Asas Solekan yang akan datang,jangan malu dan segan..tanyalah apa yang korang nak tahu eh.Kalau nak tengok lebih banyak gambar sila LIKE FB : Bengkel Asas Solekan Kuantan.Cekidauttt!!!


Berakit-rakit ke hulu
Berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senang kemudian

Apa kena mengena dengan bengkel ni?Adalahhhh...;)Okay,bagi yang teringin nak belajar makeup jom join bengkel bulan JUN pulak.Harga,masa dan tempat yang sama cuma tarikh jer belum ditentukan tapi yang pasti hari AHAD.Jom cantik!